Skip Navigation

Utama







Assalamualaikum & Selamat Datang ke E-Marlin's Place.

E-Marlin's Place menawarkan pelbagai jenis kain sulaman dari Indonesia khususnya dari Bukittinggi. Selain itu, E-Marlin's Place juga menawarkan pelbagai jenis kain sulaman dari Bandung & Bali. Jenis-jenis jahitan sulaman tersebut berbeza kualitinya mengikut kawasan masing-masing.

Untuk makluman anda, kesemua kain sulaman berikut masih belum berjahit kecuali dinyatakan.

Terima kasih diatas kunjungan anda ke laman web E-Marlin's Place. Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila klik butang "Hubungi" diatas.



Terdapat pelbagai jenis jahitan sulaman. Antaranya, sulaman ayak/goyang, sulaman biasa, sulaman tangan (reben, cabut, benang & kepala peniti) dan sulaman mesin.

Berikut adalah perbezaan jenis sulaman-sulaman tersebut:

Sulam Ayak/Goyang



Sulaman ayak @ goyang lebih halus berbanding sulaman biasa. Bagi menyiapkan sepasang kain sulaman ayak, tempoh masa yang diambil adalah selama satu bulan. Selain itu, upah menjahit sulaman ayat dikira per cm dan bukannya per helai. Bezanya dengan sulaman biasa, sulaman ayak lebih tebal sulamannya dan tampak lebih ekslusif serta tahan lebih lama.

Sulam Biasa


Sulaman biasa lebih mudah dan cepat disiapkan berbanding sulam ayak/goyang. Ini kerana sulamannya kurang tebal berbanding sulaman ayak dan untuk mendapatkan efek lubang, sulaman biasa cuma perlu ditebukkan dengan benda panas sahaja.

Sulam Tangan



Sulaman tangan tidak menggunakan sebarang mesin, sepenuhnya menggunakan tangan. Sulaman tangan terdiri daripada beberapa jenis, iaitu:
1) Sulaman Cabut
2) Sulaman Reben
3) Sulaman Kepala Peniti
4) Sulaman Benang
5) Sulaman Manik